Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
RBAF COMMANDER ATTENDS DIKIR MAULUD CELEBRATION AT TUTONG CAMP

TUTONG CAMP, Saturday, 24 October 2020 – The Second Batallion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) today held the 12-night Dikir Maulud in conjunction with the Maulidur Rasul celebration at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp. Present at the ceremony was the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. Also present were Chief of Staff of RBAF, senior officers, officers and RBAF personnel.

The arrival of the Commander of RBAF and delegation was received by Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Commanding Officer of 2Bn RBLF, senior officers, officers and personnel of RBLF. The ceremony began with the Maghrib Prayer, followed by recitation of Surah Yassin and Tahlil, Isyak Prayer, Dikir Marhaban and ended with closing doa.



PEMERINTAH ABDB HADIRI MAJLIS DIKIR MAULUD DI PERKHEMAHAN TUTONG

PERKHEMAHAN TUTONG, Sabtu, 24 Oktober 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) hari ini telah mengadakan Majlis Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut bersempena sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong. Hadir di majlis tersebut ialah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Ketua Staf ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB.

Kehadiran Pemerintah ABDB dan rombongan disambut oleh Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, sembahyang Fardhu Isyak, Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.