Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

KUNJUNGAN PENGENALAN ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​BERAKAS GARISON, Isnin 10 Oktober 2016 - Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud hari ini telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Atase Pertahanan dari negara Republik India, Col Anirudh Chauhan, yang baru dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang erat dan akan terus berkerjasama untuk meningkatkan lagi latihan pertahanan dan juga penglibatan aktif kedua-dua pihak.

Dalam Kunjungan Pengenalan ini kedua-dua pihak juga berkesempatan membincangkan dan kerjasama yang telah lama terjalin khususnya didalam bidang pertahanan dan membincangkan mengenai dengan latihan dan kursus diantara kedua Angkatan Tentera.