Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SECOND BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE CONDUCTS KHATAM AL-QURAN CEREMONY

TUTONG CAMP, Friday, 22 May 2020 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan 1441H, Second Batalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held its Khatam Al-Quran ceremony at the Officers' Mess, Tutong Camp as a mark of completion in the recitation of 30 Juz of the Holy Quran recited by officers and personnel from 2Bn RBLF.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer 2Bn RBLF.

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar led by Corporal Md Hafiy bin Md Arrifin, JAMA'AT personnel from Surau Pengiran Ratna Indera and Surah Al-Fatihah by the Guest of Honour. The ceremony continued on with all the attendees reciting surah, Takhtim, Dikir Marhaban and Doa. The ceremony then concluded with the Guest of Honour presenting bunga telur as a token of appreciation to the representative from each Companies with a 'Drive-Thru' concept.

This year's Khatam Al-Quran ceremony was held in accordance to the Ministry of Health Guidelines of COVID-19, thus limiting the number of attendees. Therefore, each Companies were also able to join in the recitation and Doa through virtual means that was broadcasted live. This live session was organised in order to provide a platform for officers and personnel to pray together in the hope of attaining the honour and blessings of Allah Subhanahu Wata'ala during the holy month of Ramadhan.

 




BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 22 Mei 2020 – Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1441H, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan adalah sebagai tanda sempurna dan selesainya pembacaan 30 Juz Al-Quran yang dibaca oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar yang diketuai oleh  Korporal Md Hafiy bin Md Arrifin, anggota JAMA'AT Surau Pengiran Ratna Indera. Manakala bacaan Surah Al-Fatihah pula telah dikepalai oleh Tetamu Kehormat Majlis. Majlis Khatam Al-Quran diteruskan dengan bacaan surah-surah, Takhtim, Dikir Marhaban, Doa Agar Terhindar Dari Bala dan Wabak Penyakit serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Bagi mengakhiri Majlis tersebut dan sebagai tanda penghargaan, Tetamu Kehormat Majlis telah dijunjung bagi menyempurnakan penyampaian bunga telur kepada wakil-wakil dari setiap kompeni dengan menggunakan konsep pandu lalu.

Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini telah diadakan mengikut Garispandu COVID-19 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Walaupun jumlah kehadiran adalah terhad, namun, setiap kompeni juga telah berpeluang dalam mengikuti Majlis tersebut secara langsung menggunakan teknologi virtual. Ini memberikan satu platfom bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota bagi sama-sama menadah tangan dan memohon rahmat dan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.