Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
KHATAM AL-QURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH RAMADHAN 1441H FOR ROYAL BRUNEI LAND FORCE HEADQUARTERS

BERAKAS GARRISON, Friday, 22 May 2020 - Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) celebrated the holy month of Ramadhan with a Khatam Al-Quran ceremony at the Royal Brunei Land Force Headquarters in Berakas Garrison.

Present at the ceremony as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff Royal Brunei Land Force and also present were senior officers and other RBLF HQ personnel.

The ceremony marked the completion of a series of activities the RBLF have conducted to celebrate the holy month including blood donations and cemetery cleaning campaigns.

The annual Khatam-Al Quran is aimed to inculcate a sense of community among the personnel of the RBLF through religion and to strengthen character development through the complete recitation of 30 juzu' or chapters of the Al-Quran. This practice is in line with the aspiration of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to encourage education and literacy in Al-Quran. 

The ceremony began with the recitation of Khatam and Takhtim prayers led by Ustaz Muhammad Sabri bin Haji Makhbar and Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Haji Muhammad Ali followed by the Dikir Marhaban, Khatam Doa and ended with the Closing Doa.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1441H BAGI MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Juma'at, 22 Mei 2020 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei terus menyemarakkan bulan suci Ramadhan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Berakas Garison.  Hadir di majlis ini sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota Markas TDDB.

Majlis tersebut merupakan acara penutup bagi aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh TDDB bagi menyambut bulan suci ini termasuk menderma darah dan kempen membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam.

Majlis Khatam Al-Quran secara tahunan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memupuk nilai kemasyarakatan di kalangan warga TDDB melalui pembacaan Al-Quran 30 juzu'. Amalan ini bertepatan dengan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam demi meningkatkan pendidikan dan pengetahuan serta celik Al-Quran.

Majlis bermula dengan bacaan Khatam Al-Quran, Doa Takhtim yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sabri bin Haji Makhbar dan Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Haji Muhammad Ali, diikuti oleh Dikir Marhaban, Doa Khatam dan diakhiri dengan Doa Penutup.