Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
INTRODUCTORY CALL FROM DEFENCE ATTACHE OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA TO BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARRISON, Monday 02 March 2020 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) received an introductory call from Senior Colonel Li Jianzhong, Defence Attaché of the People's Republic of China to Brunei Darussalam at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison.

During the courtesy visit, Commander RBLF and the Defence Attaché of the People's Republic of China expressed appreciation for the warm and friendly diplomatic relations which is strengthened by exchange of visits, meetings, courses and trainings. Both sides also discussed on opportunities to further enhance the bilateral relations between the two countries.

Senior Colonel Li Jianzhong was appointed as the Defence Attaché of the People's Republic of China to Brunei Darussalam from 9 December 2019, replacing the former Defence Attaché, Senior Colonel Wu Geng.



KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Isnin 02 Mac 2020 - Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Yang Mulia Senior Colonel Li Jianzhong, Atase Pertahanan Republik China Ke Brunei Darussalam bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah TDDB dan Atase Pertahanan Republik China telah melahirkan rasa penghargaan diatas hubungan diplomatic yang erat melalui pelbagai interaksi seperti pertukaran lawatan, mesyuarat, kursus dan latihan. Kedua belah pihak juga membincangkan peluang-peluang kerjasama untuk terus meningkatkan hubungan dua hala diantara kedua-dua negara.

Senior Colonel Li Jianzhong dilantik menjadi Atase Pertahanan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam bermula dari 9 Disember 2019 bagi menggantikan Atase Pertahanan sebelumnya, Senior Colonel Wu Geng.