Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
SUPPORT VEHICLE RECOVERY CAPABILITY DEMONSTRATION

PENANJONG GARRISON, Thursday, 06 February 2020 – Penanjong Workshop, Land Engineering (LE), Combat Service Support (CSS), Royal Brunei Land Force (RBLF) hosted a joint demonstration with 2nd Battalion Royal Gurkha Rifles (2RGR), Light Aide Detachment (LAD) to showcase the capability of their Support Vehicle Recovery (SVR).

Present as the Guest of Honour for the demonstration was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of RBLF. Also present were the Chief of Staff RBLF, Deputy Chief of Staff 2RGR, Commanding Officers and other invited guests.

Upon arrival, the Guest of Honour was welcomed by Lieutenant Colonel Mushiri Zulkhibri bin Hj Awang, Commanding Officer of LE CSS RBLF. The event started with a safety brief followed by welcoming remarks from the Commanding Officer of Land Engineering.

In his welcoming remarks, the Commanding Officer of Land engineering expressed his appreciation to the Guest of Honour and the invited guests for attending the demonstration as it provides a credible platform to start LE's project research on attaining a new recovery asset to enhance the capabilities of the Royal Brunei Armed Forces.

The demonstration showcased a scenario where a 4 tonner Leyland was caught in an IED explosion and turned over on its roof. A recovery request was sent by the Company of the damaged vehicle. The Forward Repair Team along with its recovery vehicle from Penanjong Workshop gets into the scene and assessed the situation, additional help is required and the SVR is called in. Both recovery elements swiftly turned the casualty vehicle upright and all cables are then winched which marks the end of the demonstration.

The Guest of Honour along with the senior officers were also invited to move forward and view the SVR up close and the Guest of Honour was received by Warrant Officer Burrows from 2RGR LAD to explain the capability of the vehicle in detail. The demonstration was concluded with a photo session.

The objective of the demonstration is to show the capability of the SVR and the interoperability between the two armed forces. The demonstration serves to be another milestone in enhancing defence relations between the RBLF and 2RGR.


PERTUNJUKAN KEUPAYAAN KENDERAAN SUPPORT VEHICLE RECOVERY

PENANJONG GARISON, Khamis, 06 Februari 2020 – Penanjong Woksyop, Kejuruteraan (Kjtrn) Darat, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan pertunjukan keupayaan Support Vehicle Recovery (SVR), kolaborasi bersama dengan Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (2RGR), Light Aide Detachment (LAD).

Hadir selaku Tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir adalah Ketua Staff TDDB, Timbalan Ketua Staff 2RGR, Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion dan jemputan khas.

Sejurus tiba, Tetamu Kehormat disambut oleh Leftenan Kolonel Mushiri Zulkhibri bin Hj Awang, Pegawai Pemerintah (Peg Pem) Kjtrn Darat. Pertunjukan keupayaan dimulakan dengan taklimat keselamatan dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Peg Pem Kjtrn Darat.

Semasa ucapan beliau, Peg Pem Kjtrn Darat menyampaikan rasa penghargaan keatas kehadiran Tetamu Kehormat dan pegawai-pegawai kanan yang hadir untuk menyaksikan pertunjukan keupayaan ini kerana ianya merupakan satu platform bagi Kjrtn Darat untuk memulakan projek untuk mendapatkan aset kembalik dan meningkatkan taraf keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pertunjukan Keupayaan mempamerkan gambaran peperangan yang mana kenderaan 4 ton Leyland terlibat dengan letupan IED menyebabkan kenderaan terbalik. Panggilan permohonan bantuan kembalik telah diberikan daripada Kompeni yang diserang. Kumpulan pembaikan hadapan dan kembalik daripada Penanjong Woksyop turun ke lokasi kenderaan yang rosak dan menilai keadaan. Bantuan tambahan diperlukan dan panggilan bantuan kembali SVR dipohonkan. Kedua pihak kembalik membuat kerja kembalik dan berjaya meluruskan kenderaan yang rosak.

Selesai pertunjukkan, Tetamu Kehormat dan pegawai-pegawai kanan dijemput meninjau SVR secara dekat dan Pegawai Waran Burrows daripada 2RGR menyambut Tetamu Kehormat dan menerangkan kebolehan SVR secara terperinci lagi. Pertunjukan Keupayaan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Objektif pertunjukan ini adalah untuk menunjukan keupayaan SVR dan kebolehan operasi bersama diantara kedua pihak. Pertunjukan ini juga mengeratkan hubungan ketenteraan diantara TDDB dan 2RGR dan juga menjadi landasan perkongsian kepakaran serta kemahiran.