Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

Manage PermissionsManage Permissions
BRIEFING ON THE PROCEDURE OF PROFILING AND IDENTIFYING ABNORMAL BEHAVIOR AT THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE

LUMUT CAMP, Thursday, 06 February 2020 – A briefing on the Procedure of Profiling and Identifying Abnormal Behaviour for military personnel was held today at the Pipes and Bands Hall, Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF). The briefing was presented by Mohamad Suffian Bin Haji Yusof from the Narcotics Control Bureau, Kuala Belait branch.

The aim of the briefing was to train relevant personnel of respective departments in 3Bn RBLF to identify potential offenders. The briefing also provides personnel with an understanding to factors that could contribute towards the usage of drugs.

Most importantly, the briefing demonstrated the unique procedures to identify suspects with drugs in their possession that can have a negative impact by damaging the morale and threaten national security. The briefing was concluded with a practical activity and question and answer session.


TAKLIMAT MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN 'PROFILING' DAN 'IDENTIFYING ABNORMAL BEHAVIOR' DI BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 06 Februari 2020 - Taklimat mengenai Tatacara Penggunaan 'Profiling' dan 'Identifying Abnormal Behavior' telah pun diadakan di Dewan Serunai dan Tambur, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Mohamad Suffian Bin Haji Yusof dari Biro Kawalan Narkotik, cawangan Daerah Kuala Belait.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk melatih anggota-anggota 3Bn TDDB untuk mengenal pasti awal anggota-anggota yang mempunyai potensi masalah penyalahgunaan dadah. Taklimat ini juga memberikan kefahaman kepada anggota-anggota untuk memahami serta merungkai faktor-faktor yang menjerumuskan anggota-anggota tersebut ke kancah penggunaan dadah serta mengetahui sumber dadah tersebut diperoleh.

Di antara aktiviti yang diserapkan dalam taklimat ini adalah tatacara mengenal pasti suspek yang membawa dadah di dalam simpanan mereka yang kesannya boleh merosakkan akhlak dan menggugat ketenteraman negara. Taklimat berkenaan seterusnya diakhiri dengan sesi praktikal dan soal jawab.